Friday, August 14, 2015

SETELAH LIMA TAHUN BERLALU...


Assalamualaikum.. :-)

12 Mei 2010 last entry.. dan sekarang 14 Ogos 2015... Hahahaha... very funny..! (Bak kata boss baru)..


Apa nak tulis ni?? sejujurnya langsung takde idea nak tulis apa..kiki 


Ermmm citer pasal anak aku nak??kiki korang taknak pun aku nak citer juga..dah ni blog aku ye dak?.. :-p 




Haa..tengok gambar atas.. tu gambar kami yang terbaru.. Dulu last entry aku tengah pregnant.. sekarang ni anak dah dua.. hihi  

Tadi dah bagitau nak citer pasal anak kan? So, abaikan dua orang dewasa kat belakang tu.. Fokus budak berbaju merah jambu dan merah tu jer.. kecilkan pandangan kat dua orang budak tu aje tauu.. budak berdua ni kan,lasaknya..ya Allah! tak terkata aku. budak pompuan tu nama aje pompuan tapi dua kali lima macam budak laki tu. kadang tu terfikir budak lain macam diorang juga ke?

Aku hari-hari temper.. temper paling memuncak masa awal pagi nak siapkan diorang berdua ke sekolah. memang mencabar sungguh..huhuhu ibu-ibu yang lain rasa jugak ke apa yang aku rasa ni? tapi tu la..apa orang kata..memang anak-anak buat kita rasa geram, marah, bengang, stress dan yang sewaktu dengannya tapi anak-anak juga la yang buat kita gembira, ketawa, bahagia, suka, terharu dan macam-macam perasaan lagi.

Kita memang ada masanya akan marah sangat-sangat kat anak masing-masing tapi bukan bermakna kita benci. Aku juga begitu. Masih terlalu banyak yang perlu aku pelajari untuk menjadi ibu yang terbaik untuk anak-anakku. Jika nak anak cemerlang kita perlu jadi cemerlang dahulu. Jangan seperti ibu ketam yang menyuruh anaknya berjalan lurus tetapi dia sendiri berjalan senget. Untuk menjadi cemerlang memang bukan semudah berkata-kata.

Wednesday, May 12, 2010

Pagi tadi coretannya kubaca.. Dia sedih amat. Jiwanya kosong. Katanya aku pentingkan diri sendiri. Dia bertanya, apa salahnya yang tidak boleh aku maafkan? Apa fungsinya dalam kehidupan aku?

Ketahuilah wahai sang suami.. Aku cuma ingin dia memahami setiap apa yang aku lakukan. Percayalah, setiap apa yang aku lakukan bukan semata-mata untuk diriku tetapi untuk dia dan anak kami yang bakal lahir ini. Aku cuma fikirkan untuk kebaikan keluarga yang baru terbentuk ini. Bukan untuk diriku cuma..atau untuk orang lain. Acapkali aku telah cuba buat dia faham hakikat sebenar namun kerapkali jugalah aku kecewa dan hampa.

Aku ingin dia selalu ada menemaniku. Berbicara dari hati ke hati. Agar segala-gala yang terpendam di jiwa terlerai. Namun dia selalunya memilih untuk bersama dengan kawan-kawannya tika dia marah ataupun bersedih keranaku.

Mungkin memang benar aku tidak faham hatinya, sikapnya, kehendaknya dan keinginannya. Kerana dia tidak cuba membuatkan aku faham. Dia diamkan semua ketidakpuasan hatinya terhadapku. Sedihnya dan marahnya, dia pendamkan semuanya.

Tuesday, May 11, 2010

BiCArA RiNdU

Rindu menggamit lagi. Rindu pada gurauannya. Rindu pada gelak tawanya. Rindu kata-kata manjanya. Kini, wajah kaku dan masam itu sering terpamer. Kata-kata berbisa sering terpacul dari bibirnya. Mengguris jiwa ragaku. Meruntuhkan semangatku. Membuatkan kesedihan menemaniku selalu. Katanya aku tidak memahaminya. Benarkah? Mungkin juga benar... Kerana tiada empati dariku, sekadar faham. Namun aku cukup-cukup empati pada sesuatu tu. Teramat-amat faham! Tetapi dia tidak. Mungkin juga dia sepertiku, faham tetapi tidak empati. Aku cuma memikirkan untuk dia, aku dan cahayamata kami. Keluarga yang bakal berkembang itu. Salahkah??

Monday, April 12, 2010

TENANG

Kini, tenang dan semakin gembira menjadi temanku tika berada di pejabat.. Jika dahulu hanya sunyi, sepi, pasif dan kesedihan yang menyelubungi diriku.. Alhamdulillah...sudah ku bulatkan tekad, airmata akanku halau pergi jauh dari diriku.. Biarlah apa pun yang mereka celetohkan tentang diriku..aku sudah tidak peduli.. Diamku tidak membawa apa-apa erti, maka aku harus lakukan sesuatu agar diriku tidak terus-terusan menjadi bahan umpatan mereka. Biarlah apa pun tafsiran mereka mengenaiku.. Aku tetap diriku.. Aku juga berhak untuk bergembira, bergelak-tawa.. Aku ada seseorang yang menjadi keutamaanku sekarang. Jika ada apa-apa yang berlaku kepadanya, tiada kemaafan buatku.. Lebih baik aku jaga elok-elok kandunganku..

Friday, March 19, 2010

Kerja, Rumahtangga dan Persekitaran 2

Kerja:



Aku semakin jatuh cinta akan kerja baru aku ini. Kian lama kian serasi. Namun masih terlalu banyak yang perlu aku pelajari. Masih banyak kesalahan dan kesilapan yang aku lakukan tanpa disedari sehingga mengundang api kemarahan ketua bahagian. Perkataan 'dipantau' terlalu sinonim dengan diriku. Adakah aku terlalu teruk dalam urusan kerja?? Kadangkala aku ingin sekali mereka memberi aku peluang untuk membela diri, menjelaskan keadaan sebenar tanpa perlu ada serkap jarang. Mereka sepatutnya mendengar penjelasanku dan bukan mendengar daripada orang lain. Tetapi, adakah aku punca semua ini?? Adakah aku yang terlalu lemah? Membiarkan mereka memperkotak-katikan diriku? Adakah diam aku selama ini menyebabkan mereka semakin naik tocang? Ataukah diam itu lebih baik untuk mengelakkan kejadian lebih buruk berlaku? Aku pasrah kepada-Mu Ya Allah.. Jikalau inilah dugaan dan ujian yang Kau turunkan buatku, aku redha.. Semoga aku menjadi hamba-Mu yang bersyukur..Aminn

Rumahtangga:

Kandunganku dah berusia 14 minggu 3 hari. Baby dah makin besar. Kini, morning sickness dah pergi meninggalkan aku. Selera makan kini semakin baik. Selera makan suami pula melampau-lampau baik. Moga-moga badan suami berisi sedikit. Terdapat satu perasaan yang sukar digambarkan tatkala melihat baby di screen komputer. Terharu, gembira, sedih dan tidak percaya bercampur-baur. Alhamdulillah..semoga baby sentiasa dalam keadaan sihat. Aidilfitri..kehadiranmu membawa seribu rahmat. Suamiku..telah berkali-kali perasaan itu hadir, namun perasaan jemu seperti tidak wujud langsung. Ingin lagi aku merasai perasaan itu biarpun beribu kali lagi..


Kewangan:

Kadangkala terlalu bosan bercerita tentang kewangan. Cerita yang dah basi. Cerita yang sama sahaja. Bilakah akan adanya perubahan?


Persekitaran:

Oh, hampir 5 bulan telah berlalu sejak aku meninggalkan Putrajaya. Tetapi sahabat suka-duka masih belum kutemui di bumi Port Dickson ini. Rindu untuk bergelak tawa dengan sahabat-sahabat kian mencengkam jiwa. Sunyi dan sepi masih lagi menemani diriku. Kampung halaman bilakah diri ini menjejaki bumimu? Rindu ini kian membuak-buak..

Thursday, January 28, 2010

Kerja, Rumahtangga dan Persekitaran..

Bersawang dah rupanya blog aku..Dua bulan berlalu tanpa ada post baru..Entah mengapa idea untuk menulis seringkali sirna..


KERJA:
Sekarang baru pindah pejabat baru (sebelum ni Pejabat sementara).. Sistem Intranet masih belum berfungsi.. jadi relax sepanjang hari. Masih banyak perlu aku pelajari tentang kerja-kerja baru aku ni. Dulu di Jabatan lama kerja hanya berkisar tentang Akaun Amanah.. Kini semuanya kerja-kerja Kewangan yang sebenar-benarnya..Walaupun agak payah untuk aku menyesuaikan diri namun aku kena cuba sedaya upaya.. Aku berharap rakan-rakan sekerja serta bos dapat menerima aku seadanya. Moga-moga segalanya berjalan dengan lancar..Aminn


RUMAHTANGGA:
Kini, menunggu kehadiran cahaya mata yang bakal lahir Aidilfitri tahun ini. Perasaan bercampur-baur. Kemalasan bermaharaja-lela. Ku pohon agar DIA kurniakan kami anak yang soleh dan solehah.


KEWANGAN:
Semakin meruncing. Belajar untuk menerima seadanya.


PERSEKITARAN:
Semakin serasi dengan Port Dickson. Rakan-rakan masih kurang. Belum punya sahabat suka duka. Kesunyian seringkali menemani diri. Rindu pada Putrajaya dan Kampung halaman kian memuncak. bila nak balik kampung??

Monday, November 9, 2009

Rezeki

Aku selalu merungut pasal duit. Duit gaji tidak cukup.. Kena bajet duit.. Kena kurangkan wang keluar.. Itulah.. Inilah.. Dan selalunya suami sering berjauh hati kerana sikapku yang satu itu. Selalu juga kutanyakan pada diri..aku terlalu berkirakah? Aku terlalu tamakkah? Aku tidak tahu.. kerana apa yang aku lakukan itu bagiku untuk masa depan kami. Untuk saat-saat yang tidak terduga kelak. Untuk bakal anak-anak kami.. Atau adakah caraku salah? Bagi diriku, aku telah terbiasa dengan disiplin yang telah aku tetapkan tetapi adakah suami boleh mengikutinya?

Namun, kadangkala aku terfikir banyak keinginanku yang terpaksa aku korbankan demi untuk menabung. Pernah kucuba untuk tidak memikirkan tentang wang namun akhirnya aku yang tertekan kerana poket kian menipis walau masih di awal bulan..Argghhh..bingung aku memikirkannya..!! Apa perlu kubuat??

Di sebalik semua itu, aku terlupa sesuatu...Tuhan memberi kita rezeki tidak semestinya dalam bentuk wang.. Rezeki yang DIA beri bermacam-macam bentuk dan keadaannya. Suamiku pula teramat bijak mencari rezeki yang bukan dalam bentuk wang.. Aku kagum akan sikapnya itu.. Ya..!!Dia suamiku yang ada lebih dan kurangnya..serupa dengan diriku.. Aku sahaja yang perlu mengubah persepsiku..




Koperal Rizal

Sabtu lalu, aku dan suami ke Bandar S. Waja itu kulihat masih elok benar. Cuma ada calar-calar sikit. Kusyen pula perlu dicuci dan disental semula. Dan ada beberapa benda lagi yang perlu disolek semula.. Enjinnya pun masih mantap.. Alhamdulillah.. Terima kasih Tuhan kerana menghantar Koperal Rizal untuk kami. Dia baik orangnya. Membantu kami dari A sampai Z. Tidak hanya memandang komisen yang bakal dia perolehi. Aku kagum dengan prinsipnya. Menolong pelanggan biar dengan kelas A, biar pelanggan berpuashati. Dengan itu, bisnesnya berpanjangan, tidak mati di pertengahan jalan. Ya! Dia memberiku ilham untuk melakukan yang terbaik dalam hidup ini. Tidak dapat di dunia, dia akhirat pasti menungguku.. Insya Allah..

Cengeng

Diriku tidak seperti diriku ketika bersama-sama suami..terasa cengeng..manja..mengada-ngada.. Sikap 'independent'ku terbang entah ke mana.. Ingin sekali aku seperti diriku walau apa jua keadaanku.. Gundah di hati semakin memuncak tatkala memikirkan aku bakal menghuni teratak itu setiap hari..Dahulu teratak itu aku duduki hanya pada hujung minggu sahaja.. Mampukah aku menjadi seorang isteri yang menyenangkan dengan sikap cengengku? Aduhh..Gelora di hati hanya Tuhan sahaja yang tahu.. Semoga hari esok lebih baik daripada semalam..Amin..

Thursday, November 5, 2009

Gembira

Alhamdulillah..Syukur ke hadrat-Mu Ya Allah..Terima Kasih kerana mempermudahkan segalanya. Tanggal 17 bulan ini aku akan meninggalkan Jabatan lama. Port Dickson..!! Tunggu kedatanganku...!!


Dan Akhirnya...Waja bakal aku miliki..Terima Kasih Tuhan...


Semoga segalanya berjalan lancar tanpa ada aral melintang.. Aminn..

Thursday, October 22, 2009

Khabar Gembira

Moga-moga perkhabaran gembira itu bakal jadi milik aku.. Semoga cepat aku dapat pergi dari bumi Putrajaya ini. Tidak sabar rasanya untuk aku ketahui.. Semoga penantian aku ini berakhir dengan kegembiraan Ya Allah. Aminnn...

Wednesday, October 14, 2009

Tension

Ahh!! Kenapa hari ini malang sungguh? Cara itu tak boleh, cara ini pun tak boleh.. Benda tu pulak urgent..Arggghhh...fed up sungguh..buat orang tension jer.. Apa hari ini hari tension sedunia ke apa? Hati rasa membara jer..Rasa nak menjerit sekuat hati.. Ya Allah..Berilah aku kesabaran, kekuatan dan ketabahan.. Semoga apa semua yang berlaku ini tersirat hikmah yang tidak aku ketahui.Lapangkanlah dada ini untuk menerima perkhabaran yang bakal merobek hati ini. Berilah petunjuk-Mu Ya Allah..

Tuesday, October 13, 2009

Gundah


Wahai Gundah Pergilah..

Monday, October 12, 2009

Gundah

Wahai gundah...pergilah jauh dari aku...

Thursday, October 8, 2009

Khamis yang Terindah

Wooo...Hari ni hari khamis yang terindah. Hari gaji, hari jamuan raya kat opis dan hari ceramah bersama angkasawan negara. Moga-moga hari ini semangat untuk berkerja semakin menebal. Aminn..

Wednesday, October 7, 2009

Tilam

Huh!Patutlah setiap kali bangun tidur, badan rasa lenguh-lenguh. Rupanya tilam dah nipis. Ataukah sudah semakin kurus?




p/s: Kena beli tilam baru

Tuesday, October 6, 2009

FrieNDs vs PriVAcY..

Ibaratkan diri kalian sebagai seorang isteri yang duduk berasingan dengan suami kalian. Cuti hujung minggu sahaja peluang buat kalian suami isteri untuk bersua (BACA: Kalian berulang-alik setiap hujung minggu balik ke rumah suami kalian). Andaikan suami kalian terpaksa ke luar daerah kerana kekangan kerja (BACA: Hari bekerja) dan rumah suami yang kosong itu diduduki oleh rakan-rakan suami (BACA: Non-Muslim) selama seminggu (BACA: Suami kalian izinkan mereka duduk di rumah tersebut). Apakah perasaan kalian? Adakah kalian turut mengizinkan rakan-rakan suami duduk di rumah kalian tanpa ada tuan rumah? Berikan pendapat kalian?


Nota kaki:
Di kala ini sang isteri terpaksa memendam perasaan kerana tindakan sang suami yang bertindak tanpa berbincang dahulu sebelum membuat keputusan tersebut. Hati persis dihiris-hiris. Mengapa sang suami membiarkan rumah diduduki orang lain tanpa sang suami berada di rumah tersebut? Mereka bebas berbuat apa sahaja di rumah tersebut kerana ketiadaan tuan rumah. Mungkinkah bilik utama tersebut telah digeledah? Mungkinkah mereka memasak sesuatu yang tidak boleh dimakan oleh orang Islam? Atau mungkinkah mereka melakukan rumah itu ibarat 'rumah bujang'? Dimanakah privacy tuan rumah? Argghhhh...Hati...Hati..Hati...Pedihnya!!! Sukarnya menerima perbuatan sang suami. Kenapa?? Adakah lelaki memang seperti itu? Membuat keputusan tanpa memikirkan perasaan sang isteri? Sang isteri kecewa, berjauh hati dengan sikap sang suami. Teringat kepada permohonan pertukaran yang entah apa khabarnya. Kalaulah sang isteri telah bertukar ke tempat suami, adakah kejadian seperti itu masih berlaku?

Friday, October 2, 2009

LIFE

Ayat-ayat ni aku cilok daripada blog bestfriend aku. ( http://wahida-hazim.blog.friendster.com

Life is too short to wake up with regret….
So love the people who treat you right…..

Forget about the one’s who don’t….
Believe everything happens for a reason…
If you get a second chance,grab it with both hands…
If it changes your life,let it…
Nobody say life would be easy…
They just promised it would be worth it…..


Me: Yup..betul..

Benda Yang Kita Tidak Suka Berada Di Wajah

Setiap hari kubelek wajah namun benda-yang-kita-tidak-suka-berada-di-wajah itu tetap rajin menghadirkan diri. Kehadirannya tidak pernah diundang tetapi benda-yang-kita-tidak-suka-berada-di-wajah itu tetap berdegil dan tanpa rasa malu menghadirkan diri saban hari. Sakit hati melihat parut, bonggol-bonggol dan kawah-kawah yang benda-yang-kita-tidak-suka-berada-di-wajah itu tinggalkan. Kadang-kadang terbit cecair putih di atas bonggol-bonggol benda-yang-kita-tidak-suka-berada-di-wajah itu. Benda-yang-kita-tidak-suka-berada-di-wajah itu juga menyebabkan deria sakit meraung-raung. Pelbagai produk di pasaran telah kucuba demi mencegah benda-yang-kita-tidak-suka-berada-di-wajah itu menghadirkan diri namun seringkali kegagalan menemani diri. Bantulah hamba-MU ini Ya Allah. Kasihanilah hamba-MU ini...

Setiap hari doa kupanjatkan ke hadrat ilahi tetapi mungkin doaku belum dimakbulkan disebabkan DIA mahu aku menjadi seorang wanita yang lebih tabah, lebih sabar dan lebih redha menerima ketentuan-NYA. Ya Allah.. Ya Tuhanku..Sesungguhnya jauh di sudut hati ini harapan tetap bersinar.. Semoga KAU kabulkan doaku suatu hari nanti..Amin..

Ah!! Buat apalah aku berasa gundah, ada orang lain yang mempunyai masalah serupa aku yang lagi teruk daripada aku. Sabar...Sabar...Sabar...

KECEWA

Kadangkala apa yang kita rancangkan terjadi di luar kemahuan kita. Ia amat menyakitkan apabila apa yang kita rancangkan itu sesuatu yang teramat kita dambakan atau teramat kita harapkan lantas mewujudkan lompong di hati yang sukar untuk disembuhkan. Kecewakah itu?Rutin yang selama ini aku lalui saban minggu terpaksa aku lupakan. Semuanya disebabkan bebanan kerja sang suami yang memaksanya ke luar daerah. Arghhh..Sukarnya untuk aku singkirkan kecewa itu. Sudahlah bersua muka tika di hujung minggu sahaja, mengapa kegembiraanku yang sedikit cuma itu pun dirampas?? Rindu untuk menatap wajah sang suami terpaksa aku pendamkan barang seminggu lagi. Rancanganku untuk mempraktikkan resepi baru terpaksa di tunda. Hai hati terimalah berita ini dengan redha. Jangan dilayan perasaan kecewa itu. Kelak akan memakan diri. Belajarlah untuk tidak terlalu menaruh harapan yang tinggi terhadap sesuatu..

Me: Kesunyian di hujung minggu mula mencengkam jiwa..