Wednesday, May 12, 2010

Pagi tadi coretannya kubaca.. Dia sedih amat. Jiwanya kosong. Katanya aku pentingkan diri sendiri. Dia bertanya, apa salahnya yang tidak boleh aku maafkan? Apa fungsinya dalam kehidupan aku?

Ketahuilah wahai sang suami.. Aku cuma ingin dia memahami setiap apa yang aku lakukan. Percayalah, setiap apa yang aku lakukan bukan semata-mata untuk diriku tetapi untuk dia dan anak kami yang bakal lahir ini. Aku cuma fikirkan untuk kebaikan keluarga yang baru terbentuk ini. Bukan untuk diriku cuma..atau untuk orang lain. Acapkali aku telah cuba buat dia faham hakikat sebenar namun kerapkali jugalah aku kecewa dan hampa.

Aku ingin dia selalu ada menemaniku. Berbicara dari hati ke hati. Agar segala-gala yang terpendam di jiwa terlerai. Namun dia selalunya memilih untuk bersama dengan kawan-kawannya tika dia marah ataupun bersedih keranaku.

Mungkin memang benar aku tidak faham hatinya, sikapnya, kehendaknya dan keinginannya. Kerana dia tidak cuba membuatkan aku faham. Dia diamkan semua ketidakpuasan hatinya terhadapku. Sedihnya dan marahnya, dia pendamkan semuanya.

0 comments: