Kerja:
Aku semakin jatuh cinta akan kerja baru aku ini. Kian lama kian serasi. Namun masih terlalu banyak yang perlu aku pelajari. Masih banyak kesalahan dan kesilapan yang aku lakukan tanpa disedari sehingga mengundang api kemarahan ketua bahagian. Perkataan 'dipantau' terlalu sinonim dengan diriku. Adakah aku terlalu teruk dalam urusan kerja?? Kadangkala aku ingin sekali mereka memberi aku peluang untuk membela diri, menjelaskan keadaan sebenar tanpa perlu ada serkap jarang. Mereka sepatutnya mendengar penjelasanku dan bukan mendengar daripada orang lain. Tetapi, adakah aku punca semua ini?? Adakah aku yang terlalu lemah? Membiarkan mereka memperkotak-katikan diriku? Adakah diam aku selama ini menyebabkan mereka semakin naik tocang? Ataukah diam itu lebih baik untuk mengelakkan kejadian lebih buruk berlaku? Aku pasrah kepada-Mu Ya Allah.. Jikalau inilah dugaan dan ujian yang Kau turunkan buatku, aku redha.. Semoga aku menjadi hamba-Mu yang bersyukur..Aminn
Rumahtangga:
Kandunganku dah berusia 14 minggu 3 hari. Baby dah makin besar. Kini, morning sickness dah pergi meninggalkan aku. Selera makan kini semakin baik. Selera makan suami pula melampau-lampau baik. Moga-moga badan suami berisi sedikit. Terdapat satu perasaan yang sukar digambarkan tatkala melihat baby di screen komputer. Terharu, gembira, sedih dan tidak percaya bercampur-baur. Alhamdulillah..semoga baby sentiasa dalam keadaan sihat. Aidilfitri..kehadiranmu membawa seribu rahmat. Suamiku..telah berkali-kali perasaan itu hadir, namun perasaan jemu seperti tidak wujud langsung. Ingin lagi aku merasai perasaan itu biarpun beribu kali lagi..
Kewangan:
Kadangkala terlalu bosan bercerita tentang kewangan. Cerita yang dah basi. Cerita yang sama sahaja. Bilakah akan adanya perubahan?
Persekitaran:
Oh, hampir 5 bulan telah berlalu sejak aku meninggalkan Putrajaya. Tetapi sahabat suka-duka masih belum kutemui di bumi Port Dickson ini. Rindu untuk bergelak tawa dengan sahabat-sahabat kian mencengkam jiwa. Sunyi dan sepi masih lagi menemani diriku. Kampung halaman bilakah diri ini menjejaki bumimu? Rindu ini kian membuak-buak..
Selamat Datang 2016
9 years ago
0 comments:
Post a Comment