Kini, tenang dan semakin gembira menjadi temanku tika berada di pejabat.. Jika dahulu hanya sunyi, sepi, pasif dan kesedihan yang menyelubungi diriku.. Alhamdulillah...sudah ku bulatkan tekad, airmata akanku halau pergi jauh dari diriku.. Biarlah apa pun yang mereka celetohkan tentang diriku..aku sudah tidak peduli.. Diamku tidak membawa apa-apa erti, maka aku harus lakukan sesuatu agar diriku tidak terus-terusan menjadi bahan umpatan mereka. Biarlah apa pun tafsiran mereka mengenaiku.. Aku tetap diriku.. Aku juga berhak untuk bergembira, bergelak-tawa.. Aku ada seseorang yang menjadi keutamaanku sekarang. Jika ada apa-apa yang berlaku kepadanya, tiada kemaafan buatku.. Lebih baik aku jaga elok-elok kandunganku..
Monday, April 12, 2010
Friday, March 19, 2010
Kerja, Rumahtangga dan Persekitaran 2
Kerja:
Aku semakin jatuh cinta akan kerja baru aku ini. Kian lama kian serasi. Namun masih terlalu banyak yang perlu aku pelajari. Masih banyak kesalahan dan kesilapan yang aku lakukan tanpa disedari sehingga mengundang api kemarahan ketua bahagian. Perkataan 'dipantau' terlalu sinonim dengan diriku. Adakah aku terlalu teruk dalam urusan kerja?? Kadangkala aku ingin sekali mereka memberi aku peluang untuk membela diri, menjelaskan keadaan sebenar tanpa perlu ada serkap jarang. Mereka sepatutnya mendengar penjelasanku dan bukan mendengar daripada orang lain. Tetapi, adakah aku punca semua ini?? Adakah aku yang terlalu lemah? Membiarkan mereka memperkotak-katikan diriku? Adakah diam aku selama ini menyebabkan mereka semakin naik tocang? Ataukah diam itu lebih baik untuk mengelakkan kejadian lebih buruk berlaku? Aku pasrah kepada-Mu Ya Allah.. Jikalau inilah dugaan dan ujian yang Kau turunkan buatku, aku redha.. Semoga aku menjadi hamba-Mu yang bersyukur..Aminn
Rumahtangga:
Kandunganku dah berusia 14 minggu 3 hari. Baby dah makin besar. Kini, morning sickness dah pergi meninggalkan aku. Selera makan kini semakin baik. Selera makan suami pula melampau-lampau baik. Moga-moga badan suami berisi sedikit. Terdapat satu perasaan yang sukar digambarkan tatkala melihat baby di screen komputer. Terharu, gembira, sedih dan tidak percaya bercampur-baur. Alhamdulillah..semoga baby sentiasa dalam keadaan sihat. Aidilfitri..kehadiranmu membawa seribu rahmat. Suamiku..telah berkali-kali perasaan itu hadir, namun perasaan jemu seperti tidak wujud langsung. Ingin lagi aku merasai perasaan itu biarpun beribu kali lagi..
Kewangan:
Kadangkala terlalu bosan bercerita tentang kewangan. Cerita yang dah basi. Cerita yang sama sahaja. Bilakah akan adanya perubahan?
Persekitaran:
Oh, hampir 5 bulan telah berlalu sejak aku meninggalkan Putrajaya. Tetapi sahabat suka-duka masih belum kutemui di bumi Port Dickson ini. Rindu untuk bergelak tawa dengan sahabat-sahabat kian mencengkam jiwa. Sunyi dan sepi masih lagi menemani diriku. Kampung halaman bilakah diri ini menjejaki bumimu? Rindu ini kian membuak-buak..
Posted by hanie at 11:27 AM 0 comments
Thursday, January 28, 2010
Kerja, Rumahtangga dan Persekitaran..
Bersawang dah rupanya blog aku..Dua bulan berlalu tanpa ada post baru..Entah mengapa idea untuk menulis seringkali sirna..
KERJA:
Sekarang baru pindah pejabat baru (sebelum ni Pejabat sementara).. Sistem Intranet masih belum berfungsi.. jadi relax sepanjang hari. Masih banyak perlu aku pelajari tentang kerja-kerja baru aku ni. Dulu di Jabatan lama kerja hanya berkisar tentang Akaun Amanah.. Kini semuanya kerja-kerja Kewangan yang sebenar-benarnya..Walaupun agak payah untuk aku menyesuaikan diri namun aku kena cuba sedaya upaya.. Aku berharap rakan-rakan sekerja serta bos dapat menerima aku seadanya. Moga-moga segalanya berjalan dengan lancar..Aminn
RUMAHTANGGA:
Kini, menunggu kehadiran cahaya mata yang bakal lahir Aidilfitri tahun ini. Perasaan bercampur-baur. Kemalasan bermaharaja-lela. Ku pohon agar DIA kurniakan kami anak yang soleh dan solehah.
KEWANGAN:
Semakin meruncing. Belajar untuk menerima seadanya.
PERSEKITARAN:
Semakin serasi dengan Port Dickson. Rakan-rakan masih kurang. Belum punya sahabat suka duka. Kesunyian seringkali menemani diri. Rindu pada Putrajaya dan Kampung halaman kian memuncak. bila nak balik kampung??
Posted by hanie at 10:52 AM 0 comments
Monday, November 9, 2009
Rezeki
Aku selalu merungut pasal duit. Duit gaji tidak cukup.. Kena bajet duit.. Kena kurangkan wang keluar.. Itulah.. Inilah.. Dan selalunya suami sering berjauh hati kerana sikapku yang satu itu. Selalu juga kutanyakan pada diri..aku terlalu berkirakah? Aku terlalu tamakkah? Aku tidak tahu.. kerana apa yang aku lakukan itu bagiku untuk masa depan kami. Untuk saat-saat yang tidak terduga kelak. Untuk bakal anak-anak kami.. Atau adakah caraku salah? Bagi diriku, aku telah terbiasa dengan disiplin yang telah aku tetapkan tetapi adakah suami boleh mengikutinya?
Namun, kadangkala aku terfikir banyak keinginanku yang terpaksa aku korbankan demi untuk menabung. Pernah kucuba untuk tidak memikirkan tentang wang namun akhirnya aku yang tertekan kerana poket kian menipis walau masih di awal bulan..Argghhh..bingung aku memikirkannya..!! Apa perlu kubuat??
Di sebalik semua itu, aku terlupa sesuatu...Tuhan memberi kita rezeki tidak semestinya dalam bentuk wang.. Rezeki yang DIA beri bermacam-macam bentuk dan keadaannya. Suamiku pula teramat bijak mencari rezeki yang bukan dalam bentuk wang.. Aku kagum akan sikapnya itu.. Ya..!!Dia suamiku yang ada lebih dan kurangnya..serupa dengan diriku.. Aku sahaja yang perlu mengubah persepsiku..
Posted by hanie at 12:33 PM 0 comments
Koperal Rizal
Sabtu lalu, aku dan suami ke Bandar S. Waja itu kulihat masih elok benar. Cuma ada calar-calar sikit. Kusyen pula perlu dicuci dan disental semula. Dan ada beberapa benda lagi yang perlu disolek semula.. Enjinnya pun masih mantap.. Alhamdulillah.. Terima kasih Tuhan kerana menghantar Koperal Rizal untuk kami. Dia baik orangnya. Membantu kami dari A sampai Z. Tidak hanya memandang komisen yang bakal dia perolehi. Aku kagum dengan prinsipnya. Menolong pelanggan biar dengan kelas A, biar pelanggan berpuashati. Dengan itu, bisnesnya berpanjangan, tidak mati di pertengahan jalan. Ya! Dia memberiku ilham untuk melakukan yang terbaik dalam hidup ini. Tidak dapat di dunia, dia akhirat pasti menungguku.. Insya Allah..
Posted by hanie at 11:32 AM 0 comments
Cengeng
Diriku tidak seperti diriku ketika bersama-sama suami..terasa cengeng..manja..mengada-ngada.. Sikap 'independent'ku terbang entah ke mana.. Ingin sekali aku seperti diriku walau apa jua keadaanku.. Gundah di hati semakin memuncak tatkala memikirkan aku bakal menghuni teratak itu setiap hari..Dahulu teratak itu aku duduki hanya pada hujung minggu sahaja.. Mampukah aku menjadi seorang isteri yang menyenangkan dengan sikap cengengku? Aduhh..Gelora di hati hanya Tuhan sahaja yang tahu.. Semoga hari esok lebih baik daripada semalam..Amin..
Posted by hanie at 10:55 AM 0 comments
Thursday, November 5, 2009
Gembira
Alhamdulillah..Syukur ke hadrat-Mu Ya Allah..Terima Kasih kerana mempermudahkan segalanya. Tanggal 17 bulan ini aku akan meninggalkan Jabatan lama. Port Dickson..!! Tunggu kedatanganku...!!
Dan Akhirnya...Waja bakal aku miliki..Terima Kasih Tuhan...
Semoga segalanya berjalan lancar tanpa ada aral melintang.. Aminn..
Posted by hanie at 7:43 AM 0 comments
