Masa: 02.08 pm
Tarikh: 25 Sept 2009
Hari: Isnin
Ringtone SMS handphoneku berbunyi:
"Slm du.. Pa ko bt? Sj beini msj mau bgtau sa msuk wad suda. Ko doakan sa slmt bsalin kio. Tkut ne maini.huhu". Ija.
Wahh!! Hati ini dipagut rasa cemburu yang teramat sangat. Bestfriend aku yang sebaya dengan aku dah punya anak, aku bila lagi? isk isk Mengandung pun belum. Bila agaknya aku akan mengandung?
Dulu, masa bertunang aku tidak bercadang untuk punya anak terlalu cepat tetapi entah kenapa setelah berkahwin keinginan untuk mempunyai anak terlalu mendalam. Puasku tanya teman-teman tentang tip-tip untuk mengandung dan mempraktikkannya tetapi sampai sekarang
masih belum berjaya. Adakah aku sebenarnya masih belum bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang ibu? Atau belum sampai lagi rezeki aku? Arghh.. Penantian memang satu penyeksaan.
Sumandak Keningau: Berapa lama dah awak berkahwin?
Me: 3bulan lebih. Kenapa?
Sumandak Keningau: *&%#%^&!!!
Selamat Datang 2016
9 years ago
0 comments:
Post a Comment