Moga-moga perkhabaran gembira itu bakal jadi milik aku.. Semoga cepat aku dapat pergi dari bumi Putrajaya ini. Tidak sabar rasanya untuk aku ketahui.. Semoga penantian aku ini berakhir dengan kegembiraan Ya Allah. Aminnn...
Thursday, October 22, 2009
Wednesday, October 14, 2009
Tension
Ahh!! Kenapa hari ini malang sungguh? Cara itu tak boleh, cara ini pun tak boleh.. Benda tu pulak urgent..Arggghhh...fed up sungguh..buat orang tension jer.. Apa hari ini hari tension sedunia ke apa? Hati rasa membara jer..Rasa nak menjerit sekuat hati.. Ya Allah..Berilah aku kesabaran, kekuatan dan ketabahan.. Semoga apa semua yang berlaku ini tersirat hikmah yang tidak aku ketahui.Lapangkanlah dada ini untuk menerima perkhabaran yang bakal merobek hati ini. Berilah petunjuk-Mu Ya Allah..
Posted by hanie at 2:03 PM 0 comments
Tuesday, October 13, 2009
Monday, October 12, 2009
Thursday, October 8, 2009
Khamis yang Terindah
Wooo...Hari ni hari khamis yang terindah. Hari gaji, hari jamuan raya kat opis dan hari ceramah bersama angkasawan negara. Moga-moga hari ini semangat untuk berkerja semakin menebal. Aminn..
Posted by hanie at 8:33 AM 0 comments
Wednesday, October 7, 2009
Tilam
Huh!Patutlah setiap kali bangun tidur, badan rasa lenguh-lenguh. Rupanya tilam dah nipis. Ataukah sudah semakin kurus?
p/s: Kena beli tilam baru
Posted by hanie at 7:42 AM 0 comments
Tuesday, October 6, 2009
FrieNDs vs PriVAcY..
Ibaratkan diri kalian sebagai seorang isteri yang duduk berasingan dengan suami kalian. Cuti hujung minggu sahaja peluang buat kalian suami isteri untuk bersua (BACA: Kalian berulang-alik setiap hujung minggu balik ke rumah suami kalian). Andaikan suami kalian terpaksa ke luar daerah kerana kekangan kerja (BACA: Hari bekerja) dan rumah suami yang kosong itu diduduki oleh rakan-rakan suami (BACA: Non-Muslim) selama seminggu (BACA: Suami kalian izinkan mereka duduk di rumah tersebut). Apakah perasaan kalian? Adakah kalian turut mengizinkan rakan-rakan suami duduk di rumah kalian tanpa ada tuan rumah? Berikan pendapat kalian?
Nota kaki:
Di kala ini sang isteri terpaksa memendam perasaan kerana tindakan sang suami yang bertindak tanpa berbincang dahulu sebelum membuat keputusan tersebut. Hati persis dihiris-hiris. Mengapa sang suami membiarkan rumah diduduki orang lain tanpa sang suami berada di rumah tersebut? Mereka bebas berbuat apa sahaja di rumah tersebut kerana ketiadaan tuan rumah. Mungkinkah bilik utama tersebut telah digeledah? Mungkinkah mereka memasak sesuatu yang tidak boleh dimakan oleh orang Islam? Atau mungkinkah mereka melakukan rumah itu ibarat 'rumah bujang'? Dimanakah privacy tuan rumah? Argghhhh...Hati...Hati..Hati...Pedihnya!!! Sukarnya menerima perbuatan sang suami. Kenapa?? Adakah lelaki memang seperti itu? Membuat keputusan tanpa memikirkan perasaan sang isteri? Sang isteri kecewa, berjauh hati dengan sikap sang suami. Teringat kepada permohonan pertukaran yang entah apa khabarnya. Kalaulah sang isteri telah bertukar ke tempat suami, adakah kejadian seperti itu masih berlaku?
Posted by hanie at 12:36 PM 0 comments
Friday, October 2, 2009
LIFE
Ayat-ayat ni aku cilok daripada blog bestfriend aku. ( http://wahida-hazim.blog.friendster.com
Life is too short to wake up with regret….
So love the people who treat you right…..
Forget about the one’s who don’t….
Believe everything happens for a reason…
If you get a second chance,grab it with both hands…
If it changes your life,let it…
Nobody say life would be easy…
They just promised it would be worth it…..
Me: Yup..betul..
Posted by hanie at 3:28 PM 0 comments
Benda Yang Kita Tidak Suka Berada Di Wajah
Setiap hari kubelek wajah namun benda-yang-kita-tidak-suka-berada-di-wajah itu tetap rajin menghadirkan diri. Kehadirannya tidak pernah diundang tetapi benda-yang-kita-tidak-suka-berada-di-wajah itu tetap berdegil dan tanpa rasa malu menghadirkan diri saban hari. Sakit hati melihat parut, bonggol-bonggol dan kawah-kawah yang benda-yang-kita-tidak-suka-berada-di-wajah itu tinggalkan. Kadang-kadang terbit cecair putih di atas bonggol-bonggol benda-yang-kita-tidak-suka-berada-di-wajah itu. Benda-yang-kita-tidak-suka-berada-di-wajah itu juga menyebabkan deria sakit meraung-raung. Pelbagai produk di pasaran telah kucuba demi mencegah benda-yang-kita-tidak-suka-berada-di-wajah itu menghadirkan diri namun seringkali kegagalan menemani diri. Bantulah hamba-MU ini Ya Allah. Kasihanilah hamba-MU ini...
Setiap hari doa kupanjatkan ke hadrat ilahi tetapi mungkin doaku belum dimakbulkan disebabkan DIA mahu aku menjadi seorang wanita yang lebih tabah, lebih sabar dan lebih redha menerima ketentuan-NYA. Ya Allah.. Ya Tuhanku..Sesungguhnya jauh di sudut hati ini harapan tetap bersinar.. Semoga KAU kabulkan doaku suatu hari nanti..Amin..
Ah!! Buat apalah aku berasa gundah, ada orang lain yang mempunyai masalah serupa aku yang lagi teruk daripada aku. Sabar...Sabar...Sabar...
Posted by hanie at 1:47 PM 0 comments
KECEWA
Kadangkala apa yang kita rancangkan terjadi di luar kemahuan kita. Ia amat menyakitkan apabila apa yang kita rancangkan itu sesuatu yang teramat kita dambakan atau teramat kita harapkan lantas mewujudkan lompong di hati yang sukar untuk disembuhkan. Kecewakah itu?Rutin yang selama ini aku lalui saban minggu terpaksa aku lupakan. Semuanya disebabkan bebanan kerja sang suami yang memaksanya ke luar daerah. Arghhh..Sukarnya untuk aku singkirkan kecewa itu. Sudahlah bersua muka tika di hujung minggu sahaja, mengapa kegembiraanku yang sedikit cuma itu pun dirampas?? Rindu untuk menatap wajah sang suami terpaksa aku pendamkan barang seminggu lagi. Rancanganku untuk mempraktikkan resepi baru terpaksa di tunda. Hai hati terimalah berita ini dengan redha. Jangan dilayan perasaan kecewa itu. Kelak akan memakan diri. Belajarlah untuk tidak terlalu menaruh harapan yang tinggi terhadap sesuatu..
Me: Kesunyian di hujung minggu mula mencengkam jiwa..
Posted by hanie at 1:04 PM 0 comments
Baby
Masa: 02.08 pm
Tarikh: 25 Sept 2009
Hari: Isnin
Ringtone SMS handphoneku berbunyi:
"Slm du.. Pa ko bt? Sj beini msj mau bgtau sa msuk wad suda. Ko doakan sa slmt bsalin kio. Tkut ne maini.huhu". Ija.
Wahh!! Hati ini dipagut rasa cemburu yang teramat sangat. Bestfriend aku yang sebaya dengan aku dah punya anak, aku bila lagi? isk isk Mengandung pun belum. Bila agaknya aku akan mengandung?
Dulu, masa bertunang aku tidak bercadang untuk punya anak terlalu cepat tetapi entah kenapa setelah berkahwin keinginan untuk mempunyai anak terlalu mendalam. Puasku tanya teman-teman tentang tip-tip untuk mengandung dan mempraktikkannya tetapi sampai sekarang
masih belum berjaya. Adakah aku sebenarnya masih belum bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang ibu? Atau belum sampai lagi rezeki aku? Arghh.. Penantian memang satu penyeksaan.
Sumandak Keningau: Berapa lama dah awak berkahwin?
Me: 3bulan lebih. Kenapa?
Sumandak Keningau: *&%#%^&!!!
Posted by hanie at 10:13 AM 0 comments
Thursday, October 1, 2009
Idea
Mana nak cari idea ni? Takde idea la.. Macam mana nak hias rumah ni? Apa kena cari interior designer ke ni? Idea...Idea..Mana kau dah pergi ni?huhu Suami pun sekarang dah pandai bising.. "Apa tak malu ke kat orang yang masuk rumah ni?"... "Awak kan perempuan, sepatutnya awak kena hias rumah ni." Atau "Menghias rumah tu salah satu cara nak mengambil hati suami".. Isk..isk..isk.. Niat di hati memang nak hias rumah cantik-cantik tapi ada dua masalah..
1) Idea takde
2) Duit
Masalah pertama tu Insya Allah masih boleh di atasi dengan mencari maklumat daripada teman-teman, internet, majalah dan banyak lagi sumber yang ada. Masalah kedua itulah problem sebenarnya. Apa nak hias rumah pakai air liur ke? Idea memang tidak memerlukan wang yang banyak tetapi hendak merealisasikan idea tersebutlah yang perlukan duit. Ada tak cara lain nak hias rumah tanpa gunakan a lot of money? Fikir..Fikir...
Sumandak Keningau: Kalau ada duit pun pandai ke awak hias rumah?(nada sinis)
Me: Sadap u
Posted by hanie at 2:39 PM 0 comments